Resepi Puding Roti Kukus dan Bakar Paling Best

Resepi Puding Roti adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang simple dibuat dan rasanya pun sangat sedap. Kebetulan besok malam ada kegiatan majlis di rumah, tapi belakangan ini saya pusing nak buat kuih apa. Rencana nak buat kuih yang tak gunakan tepung gandum je. Terpikirlah untuk membuat puding roti. Saya tahu resepi dari teman sekantor. Dia pandai sangat masak. Ia pernah membawanya ke rumah saya, rupanya sedap pula. Dari situ saya teringin nak buat sendiri.

Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti.

Resepi Puding Roti Kukus

Cara buat puding roti memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh anda cuba menyediakan ini. Kalau cuma buat donut kan tak banyak makanan yang ada di atas meja. Mudah-mudahan resepi puding roti kukus yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik.

Bahan-bahan

  • 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • kismis

Cara buat puding roti kukus

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata.
  2. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata.
  3. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang.
  4. Lepas tu, tuang adunan ke atas susunan roti dan taburkan kismis.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 20-25 menit.
  6. Bila sudah matang, sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan

  • 8 keping roti
  • 500 ml susu segar
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar mentega – di cairkan
  • 3 sudu besar kismis
  • 2 biji telur

Cara buat puding roti bakar

  1. Masukkan susu segar, gula halus, esen vanilla, serbuk cinnamon dan telur ke dalam mangkuk.
  2. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  3. Masukkan kismis dan juga mentega cair. Gaul sehingga sebati.
  4. Tuang ke dalam bekas yang telah di oles dengan butter.
  5. Taburkan lagi kismis di atas adunan.
  6. Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selama 30 minit.
  7. Angkat dan sejukkan.

Itulah resepi puding roti kukus dan bakar. Bila ada masa kosong, saya nak cuba resepi puding lain yang tak kalah sedap. Puding ni boleh makan ramai-ramai. Selamat mencuba dan jangan salahkan saya bila banyak orang minta buatkan lagi. Ya, resepi ini memang lebih simple daripada minta dibuatkan puding kuah.

Leave a Comment