Resepi Kari Ayam Sedap, Pekat dan Simple

Pada kesempatan ini saya nak kongsi resepi kari ayam sedap, pekat dan simple. Walaupun kari ayam adalah lauk yang sejak zaman dahulu sering dimasak, namun kurang bermakna bila tak boleh belajar lagi untuk buat yang lebih sedap. Semalam ada majlis makan pejabat, kari ayamnya sedap sangat. Dari situ, saya mencari coba buat dan tanya-tanya sama sahabat saya yang pandai masak.

Resepi kari ayam sangat sedap dengan kuah yang pekat. resepi disajikan dengan kentang dan kuahnya memang dibuat lebih pekat. Bila ayamnya sudah habis dan sisa kuahnya pun masih sedap kerana ianya boleh buat kuah roti jala. Bagi yang masih tak mahir buat kari, jom intai resepinya.

👉 TRENDING:  Resepi Ayam Masak Paprik Kuah Pekat

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan

  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan
  • 10 sudu besar rempah kari Babas
  • extra cili
  • kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • gula
  • garam
  • air

Bahan hiris

  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia

Cara masak kari ayam

  1. Panaskan minyak di atas kuali dengan api sederhana dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
  3. Kacau terus dengan menggunakan api sederhana hingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.
  4. Lepas tu, masukkan daun kari dan kentang.
  5. Masukkan juga ayam dan masak hingga ayam kecut.
  6. Tambahkan sedikit air lagi dan biarkan hingga mendidih.
  7. Kemudian masukkan santan ke dalam masakan.
  8. Setelah kentang dirasa empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.
  9. Renihkan sampai pecah minyak sampai kepekatan kuah kari ayam sesuai dengan yang disukai.
  10. Kari ayam sudah siap disajikan
👉 TRENDING:  Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple

Demikian resepi kari ayam sedap, pekat dan simple yang dapat saya kongsikan. Sedikit tips, bila nak masak kari dalam resepi ni, rempah kari hendaklah digoreng lama sikit hingga kering sebelum di campakkan yang lain tu. Kalau tak cukup garing dan masak, nanti boleh lari rasanya. Masak je dengan api sederhana.

Originally posted 2022-05-24 11:40:10.