Resepi Nasi Lemak Wangi dan Simple

Resepi Nasi lemak adalah masakan tradisional orang Melayu. Memasak nasi ini asasnya menggunakan santan dan sedikit tambahan daun pandan untuk menambah sedap aromanya. Mula-mula nasi lemak ni ialah bekalan para petani yang bertani di tengah sawah/kebun.

Namun saat ini nasi lemak boleh menjadi salah satu hidangan yang sungguh istimewa, selain nasi ayam. Ia bukan sahaja dianggap sebagai bekalan para petani, tetapi juga dihidangkan dalam majlis-majlis orang Melayu kerana boleh dihidangkan tanpa mengira waktu. Jom kita cuba buat resepi nasi lemak kukus paling sedap, mudah dan wangi di rumah sendiri.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras – bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang merah – mayang
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • halia sebesar ibu jari – racik nipis
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu makan halba
  • 4 cawan air
  • 1 cawan pati santan
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis
  • garam secukup rasa
👉 TRENDING:  Resepi Nasi Tomato Sedap dan Mudah

Bahan sambal

  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang merah, dikisar
  • 1 ulas bawang putih, dikisar
  • 4 sudu besar cili giling
  • Sedikit asam jawa
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 3/4 gula melaka
  • Sedikit gula dan garam
  • Minyak untuk menumis

Cara masak nasi lemak

  1. Jerang air dalam periuk pengukus untuk mengukus beras.
  2. Masa yang sama sambil menunggu air kukusan mendidih, panaskan minyak (boleh ganti dengan marjerin).
  3. Tumis semua bahan (bawang putih, bawang merah, halia, halba, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan) hingga harum semerbak.
  4. Lepas itu, masukkan beras yang sudah dicuci dan ditoskan ke dalam bahan tumisan tu hingga berkilat.
  5. Masukkan santan kelapa atau santan kotak. Lebih sedap bila pakai santan kelapa parut segar.
  6. Sebaiknya lebihkan sukatan santan kerana kalau beras yang dikukus tu masih keras, boleh renjiskan santan tadi untuk melembutkan nasi.
  7. Bubuhkan garam dan kacau sekali-kali, dan jangan selalu dikacau kerana nanti beras akan patah-patah dan hancur.
  8. Bila sudah mulai mengering, boleh dikacau lebih kerap agar nasi tak berkerak di bahagian bawahnya.
  9. Bila beras sudah kembang, pindahkan ke dalam periuk pengukus yang sudah mendidih.
  10. Tutup periuk kalau nak cepat masak, biarkan selama 15-20 minit atau sampai nasi sudah masak.
  11. Pindahkan nasi di wadah atau pun piring besar dan nasi lemak sudah siap dihidangkan.
👉 TRENDING:  Resepi Nasi Minyak Sedap dan Simple

Cara buat sambal nasi lemak

  1. Tumis bahan kisar dengan minyak goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
  3. Tumis terus sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air, gula melaka, bawang besar, serta sedikut gula dan garam.
  5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
  6. Lepas tu, masukkan bilis goreng ke dalam sambal yang boleh membuat sambal semakin sedap. Boleh juga diasingkan dari sambal tu.
  7. Matikan api dan pindahkan ke mangkuk sambal.

Cukup sekian resepi nasi lemak sambal sedap, mudah dan wangi yang bisa saya kongsikan kepada anda. Anda bisa hidangkan bersama timun, telur rebus, dan kacang tanah goreng. Istimewa resepi ini bila anda sudah membuat nasi lemak sendiri, rasanya lebih sedap daripada beli di gerai tepi jalan. Hari-hari biasa pun boleh makan kerana nasi ni memang menggamit selera.

👉 TRENDING:  Resepi Nasi Goreng Special dan Simple