Resepi Pavlova Sedap dan Simple

Saat tengok facebook, teman saya post resepi pavlova yang ia buat. Sedap rasa lihat ianya. Suka juga lihat pavlova yang di meriahkan dengan buah-buahan segar, seperti strawberry, anggur, kiwi. Teringin pula nak cuba sendiri buatnya. Buat pavlova memang tak susah sangat, tapi saya malas nak buatnya kerana manis, buat gemuk dan sakit gigi je. Kalau yang ada gula berlebih di dalam badan, jangan cuba lah untuk makan pavlova. Memang manis sangat walaupun sudah di kurangkan gulanya. Jom kita intai resepi pavlova sedap dan mudah.

Siapa yang pernah makan pavlova? Memang saya tak selalu makan pavlova ni sebab ia manis sangat. Pavlova sangat tak sesuai dimakan oleh yang punya penyakit kencing manis. Tapi memang macaron yang paling manis. Harga pavlova memang boleh mencekik leher kalau kat luar untuk satu slice je. Oleh itu, buat sendiri guna resepi ini di rumah, lebih jimat dan sedap.

Resepi Pavlova

Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 susu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan
👉 TRENDING:  Resepi Kek Red Velvet Sedap dan Mudah

Bahan hiasan

  • Wiping Cream
  • Strawberry di potong dadu
  • Kiwi di potong dadu
  • Blueberry
  • Markisa di hiris

Cara buat pavlova

  1. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  2. Masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanila, dan cuka dalam bekas kecil. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam adunan telur dan gaul hingga rata.
  5. Letakkan adunan di atas baking paper yang telah di buat bulat.
  6. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 120 darjah selama 1 jam atau hingga masak.
  7. Tutup oven dan sejukkan pavlova.

Cara buat hiasan pavlova

  1. Whiping cream di pukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan whiping cream di atas pavlova guna piping bag.
  3. Hias dengan strawberry, kiwi, blueberry dan markisa.
👉 TRENDING:  Resepi Kek Coklat Batik Lembut dan Mudah

Itulah resepi pavlova sedap dan simple yang boleh saya kongsikan hari ini. Sedikit tips dalam memilih buah, pilihlah buah-buahan segar yang agak masak guna menyeimbangkan rasa pavlova yang manis sangat.