Resepi Sup Ayam Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsikan resepi sup ayam sedap dan mudah. Sup memang paling suka saya masak sebab boleh olah dengan macam-macam jenis bahan. Campak-campak je semua bahan dan biarkan masak. Walaupun ringkas, tapi bila cuba resepi ini istimewa. Disebut istimewa kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup buntut ataupun rempah sup. Anda harus mencuba resepi bila nak merasa sup asli tanpa rempah sup.

Rasanya memang beza dengan resepi sup ayam yang lain. Anak-anak saya makan selalu bertambah bila buat ni. Saya pernah masak ini dalam kuantiti banyak untuk kahwinan adik ipar. Kata tetamu, masakan paling best ialah sup ayam. Senang betul dengarnya. Bagi siapa pun nak cuba sila cuba dan garenti sedap rasanya.

Resepi Sup Ayam

Bahan-bahan

  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
👉 TRENDING:  Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara masak sup ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang
👉 TRENDING:  Resepi Rendang Ayam Sedap dan Simple

Nak cuba resepi sup ayam lain, cuba ayam thai satu ini.

Resepi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan

  • 1/4 Ayam dipotong kecil
  • 1/2 bawang besar – di hiris
  • 2 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 ulas bawang putih – di kisar
  • 1 inci halia – di kisar
  • 1 batang serai – di titik
  • 1 inci lengkuas – di titik
  • 3-4 biji cili padi -di potong
  • 1 biji tomato – di belah 4
  • 1 batang akar daun ketumbar – di basuh bersih
  • 1 batang saleri – di potong serong
  • Sedikit lobak merah – di hiris
  • Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Sedikit sos ikan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya
👉 TRENDING:  Resepi Ayam Percik Paling Sedap dan Simple

Cara masak sup ayam Thai

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan serai, rempah tumis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih hingga pecah minyak sedikit.
  3. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
  4. Masukkan ayam dan biarkan air mendidih hingga ayam masak.
  5. Masukkan batang saleri, lobak merah dan akar ketumbar.
  6. Masukkan garam, serbuk perasa dan sos ikan hingga mengikut selera rasa.
  7. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato yang telah di potong.

Selamat mencuba resepi sup ayam yang mudah dan sedap di atas. Sup ni sangat sedap disajikan bila panas. Bila tak panas lagi tak sedap lah. Boleh juga dimakan sendiri atau bersama nasi putih. Jika anda tak suka ayam, boleh juga ganti dengan daging atau tulang.